Friday, September 17, 2010

::Rumah Impian (Pohon Markisa)::

Salam,

Kunjungan ke rumah pakcik (Cik Sen) menemukan dengan Pohon Markisa ini..



Markisa sejenis tanaman yang menjalar/memanjat memerlukan sokongan seperti "junjung" untuk menyokong sifat semulajadinya.



Terlintas idea untuk menanam Pohon Markisa di rumah baru selepas berumah tangga. Sedikit pengubahsuaian perlu diambil untuk meninggikan sedikit "junjung" supaya boleh diletakkan "coffe table" di bawahnya. Untuk merialisasikan impian, teringin untuk mencari rumah dari jenis rumah Semi-D atau rumah teres (corner lot) atau rumah bungalow. (>_<)

Pucuk pangkalnya rumah itu memiliki halaman untuk bercucuk tanam, mempunyai ruang untuk mendirikan "junjung" untuk pohon markisa, tempat meletakkan "coffe table", pondok kecil/wakaf rehat untuk bersantai bersama keluarga, taman mini untuk anak-anak bermain serta sebagai tempat kami suami isteri "berdating" dan "garaj" sebagai ruang untuk sudut kreativiti keluarga.

"Financial Planning" telah dibentuk dari awal sebelum berumah tangga. InsyaALLAH semuanya berjalan lancar. Rumah Impian menjadi idaman setiap keluarga usaha perlu seiring dengan impian bagi jelmakan angan-angan menjadi kenyataan. Ameen..



No comments: