Thursday, November 19, 2009

::cerita si kerang::


Ini cerita seekor kerang...

Cerita pengajaran...

Cerita sastera...

Cerita kita.

Seekor makhluk Allah yang hidup dalam dunianya yang tersendiri. Begitu sukar ditafsir oleh pancaidera manusia. Kehidupannya sama seperti kita; seandainya kita adalah kerang.

Angin taufan yang melanda pantai laut Mediteranean bulan itu amat kuat sehingga meniupkan tiupan angin yang bukan kepalang, lalu angin itu ditafsir menjadi gulungan ombak yang menggila sepanjang pantai. Ia takut, risau dengan keselamatannya. Lantas ia tetap menyorok dalam cangkerangnya. Lama ia begitu, biarpun kelaparan tetap bertahan. Tanpa melihat keluar walau sejenak pun. Adakalnya ia bergolek-golek; dek kerana hempasan ombak setinggi langit baginya. Lalu ia berdoa, semoga tetap bertahan.

Kembali muhasabah erti sebuah kehidupan. Terkenang ia akan sebulan yang lalu, pantai itu begitu tenang. Pantai yang terletak di salah sebuah daerah Mesir; Dumyat. Keriangan petang itu bersama rakan-rakannya yang lain masih terasa hingga kini. Tika itu, seluruh ahli keluarganya berkumpul bersama-sama, makan bersama-sama dan gelak ketawa silih berganti. Alangkah riangnya hati. Semua kerang membuka luas cangkerangnya, begitu banyak makanan yang dapat diperoleh. Dia dapat melihat seluruh dunianya; dunia terumbu karang.

Namun kini, segalanya berubah. Ingatkan panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Pernah sekali ia cuba melihat keluar dalam ngauman ombak tatkala itu. Astaghfirullah... Segala-galanya hancur, mati dan binasa. matanya terpaku kepada sekujur cangkerang; seolah biasa melihatnya. "Maak!.." Itu sahaja kalimah yang terlafaz pada mulutnya. Dalam linangan air mata ia cuba mendekati tubuh itu. Mati. Tiada apa yang boleh diusahakan. Dia lantas menoleh ke sekelilingnya, segala-galanya hancur! cangkerang siput, kerang dan ketam bergelimpan
gan di sana-sini. Ia amat takut, trauma melihatnya. Dia lantas pergi dari situ, meninggalkan sekujur tubuh kaku insan tercinta.

Tiba-tiba ia terlihat seekor kerang yang masih teguh cangkerangnya, cantik, indah. Ia cuba mendekati perlahan-lahan, dengan harapan menemukan kerang hidup yang lain. Ombak menghempas lagi. Cepat-cepat ia masuk ke dalam perlindungannya. Setelah reda ia cuba membuka kembali pintu cangkerangnya. "Ya Allah!..." Alangkah terkejutnya ia, kerang tadi yang begitu indah luarannya terbuka luas mulutnya. Hanyir dan busuk. Kelihatan beberapa ekor ulat sedang memamah jasadnya. Ulat itu menggelitik-gelitik. Menggelikan, matanya melihat, otaknya mentafsir lalu meghasilkan satu emosi yang kurang menyenangkan. Ia mu
al dan termuntah di situ. Kerang itu sedih dan duka. hatiya benar-benar menangis, pilu mengenangkan nasib diri. Lalu atas tikar kesedihan itu ia bermunajat kepada Ilahi. Biar betapa kuat ombak menghempas, ia tetap bertahan. Ya tetap bertahan dalam cangkerangnya.


Begitulah juga kehidupan seorang manusia wahai sahabatku. Kita ini ibarat kerang. Dunia kita ialah pantai. Adakalanya arus laut terlalu tenang, indah, senang dan perlahan. Lantas kita lupa, kita alpa dengan kesenangan yang hanya sementara. Kita juga lupa bahawa kita hanyalah kerang yang lemah, menumpang dalam pentas kehidupan. Sungguh, zaman remaja kita amatlah hebat ombak cabarannya wahai sahabatku, walaupun kita tidak menyedari hakikat ini. Fenomena-fenomea kebejatan sosial dan kehancuran akhlak adakalanya tidak disedari oleh kita.

Jarum-jarum thaghut telah mencucuk hati kita melalui media-media, majalah, surat khabar dan internet. Maka ramai yang hatinya mati, seperti matinya kerang-kerang, siput-siput dan ketam-ketam dalam kisah di atas. Hanyalah bahtera iman yang akan melayarkan kita ke destinasi yang abadi. Perkasakanlah iman dengan al-Quran dan solat malam. Sentiasa berdamping dengan Quran, kerana ia akan menyalakan semangat perjuangan. Manakala solat malam (qiamullail) akan memantapkan hati, meneguhkan jiwa dan melancarkan lidah.

Adakalanya kita perlu beruzlah (mengasingkan diri) dalam cangkerang keimanan kita. Ombak di luar sana amat hebat sahabatku. Berlindunglah dalam cangkerang keimananmu. Semoga hati kita sentiasa bersih dan suci. Kerang itu masih di situ. Berteleku dalam munajatnya di hadapan wajah Tuhan. Kerang itu teguh dan kuat, tatkala yang lain kalah, ia dapat bertahan. Kisah kerang; analogi kehidupan insan. Ada yang kalah dan mati, ada yang hidup dan tetap bertahan. Sekiranya seekor kerang dapat bertahan di pantai ombak ganas yang membinasakan, mampukah kita bertahan dalam arus dunia keremajaan?

Saturday, October 31, 2009

Troubleshoot Electronic Circuit ( Lesson 4) - - - Contact Issue

Salam,

Lesson 4: Contact Issue


What is "Contact Issue"?

Contact issue is related on solder joint. Failure mode might categorized as contact issue if fail to operate at hot temperature only. But remember not all problem that occur on hot temperature is related on contact issue.

How it can happen?
The solder joint will expense at hot temperature (certain temperature) and re-expense at room or cold temperature.

How to investigate it?
1). Heat up the electronic device up to certain minutes than measure (voltage & resistance) the suspected area. Make measurement(s) comparison before heat up (room temperature) and after heat up (hot temperature).
2). Screening the electronic device under XRAY. <This method is suggested if really need deep analysis or evidance.

Wednesday, October 28, 2009

Monday, October 12, 2009

disco ditelan bumi

Saturday, September 26, 2009

Troubleshoot Electronic Circuit (Lesson 3) - - - Golden Rule

Salam,

Lesson 3: Golden Rule (comparison)



What is the purpose doing Comparison?
To determine either the electronic device performance is like the others or not.

Why?
To find out "weird" data/reading/measurement/graph of electronic devices by compare with "good" electronic devices. By doing this, the suspected faulty electronic connection can be predicted.

How?
at PCBA: measure resistance and voltage through suspected faulty connection and make comparison.
at OVERALL DEVICE: compare performances between them.

Saturday, September 19, 2009

Troubleshoot Electronic Circuit (Lesson 2) - - - Calibration

Salam,

Lesson 2: Calibration



What is the purpose doing Calibration?
To ensure you measurements accurate and persistence.

Why?
It because certain device are sensitive in different Current, Voltage, Power (dbm, watt) and Resistance. Over supply might harm device and insufficient supply might affected the performance.

How to do Calibration?
By making comparison with "good unit" measurements or in industries called as Golden Unit or sometimes named as DV. This Golden Unit or DV had given it value as reference, hence by measure it you can get your instruments (multimeter/hand held/LCR/etc) error value.

When should perform calibration?
For optic-electronic industries, calibration should be done every time make change on connection. Besides that enough to do annually or periodic.

How to use error value?
Deduct or add error value after make measurement, so that you can get accurate measurements.

My senior engineer told me: "Your second lesson is calibration, first VMI. Now you know important of calibration". He told me because my calibration effect others experiment. Hope you get what I meant and learn from my mistake?

Tuesday, September 15, 2009

Troubleshoot Electronic Circuit (Lesson 1) - - - VMI

Salam,

Lesson 1: VMI (Visual Mechanical Inspection)



What is the purpose doing VMI?
To find out physical defect on electronic circuit.

Why?
Most of the functional failure can cause from hardware failure and software failure. The hardware failure more easier to identified if compare with software failure.

How to do VMI?
By doing physical inspection using microscope (30X zoom) to identified the physical defect such as Expose Copper, Crack, Solder Bridging, Solder Join, Melt, Explode, Burn, Shorted and others.

Why need microscope?
It much easier to inspect defect on SMD's Components(Surface Mounted Device). Naked eye difficult to recognize failure defect on extra small components.

all this remind me to this proverb: "Jika tiada angin masakan pokok bergoyang". Hope you get what i meant?

Friday, September 11, 2009

How you read schematic diagram without knowing the function of the circuit? (electronic)

Salam,

Many things need to catch up in past two weeks. Eight cases handled from various customer basically more on electronics's components (SMD) and Printed Circuit Board Assembly (PCBA). Alhamdulillah my senior assist me a lots. He told "we are like detective", because every time found somethings need to take evidence (picture/diagnostic/functional result). Jom! let learns together..



How you read schematic diagram without knowing the function of the circuit? (electronic)

I had search on google and found something goods from expert who have working experience more than 20 years on electronics.. :) Below is the answer:-

"I've been an electronics tech for almost 20 years now. Learning to read schematics takes time and is a crucial part of troubleshooting. There's people who have been in the field for years and are still not proficient at reading prints. Of course being able to read the prints does you no good if you don't understand electricity and electronics. But the first step to reading prints is learning the symbols.

Here's a VERY good free intro to schematic symbols. It even has a little matching excersice at the end. Start here:

http://www.wisc-online.com <--register free

Once you've completed the excersice, you can go to this link where they have a pretty good reference chart of component symbols and their function.

http://www.kpsec.freeuk.com/symbol.htm

These will get you started.

There are many different kinds of diagrams (1-line, 3-line, Elevation, P&ID, Instrument Loop, Logic Flow, Schematic, Mechanical Integrity, Electrical, Conduit plan, Wire Schedule, etc, etc). Learning how to read all of them proficiently is quite a task and can't be explained here."

Friday, September 4, 2009

What should you do if customer make a complain?? (Business)

Salam,

Within 2 month i was assign to do on-job training specialize in technical. C*S*O had make a complain on our product. The complain is "no Rx EYE". Alhamdulillah, Allah had sent someone to assist me. My senior told me to do:-



1). Test Functional (to verified failure base on customer report)
2). VMI on Interface (Visual Mechanical Inspection)
3). Open housing and test functional.
4). VMI on Circuit Board (Visual Mechanical Inspection)
5). Backup old firmware, replace with new firmware and Test Functional (to ensure either firmware problem or hardware problem)
6). Troubleshoot electronic components
7). Record reading and analysis (as evidence)
8). Compare reading with good product (to find faulty component)
10). Decide to swap component for test functional

The step design for verified failure, find root cause of the problem and find the corrective action to solve the problem. All step taken must follow with supportive evidence like picture, measurement and calculation.

The following step given are suitable for electronic product. For business purpose i recommend you try for customer satisfaction. Remember, in business the important is:-
1). Fast Delivery
2). Good Quality



What ever we do, remember "Setiap perbuatan didahului dengan niat". :)

Tuesday, September 1, 2009

Problem Solving (Engineering Way)

Salam

Alhamdulillah I just start working today. I learned something on my first day.

What have you learn??
Learn to solve engineering problems or in industries they replace the "problems" term with "issues".

How??
Basically steps taken can be divide into three part:-

1). Find and Verify Failure
2). Find and Verify Root Cause
3). Traceability for prevent recurrence

details..

1). Find and Verify Failure
Failure can be divide into three:-
a). Material
b). Function
c). Cosmetic

situation: Customer make complain and return product purchased

Customer: Hey!! your product is fail on XYZ!!
Engineer: Take their complain, find and verify either is it true or not by run failure verification process and failure analysis process.

note:- remember customer always right..


2). Find and Verify Root Cause
Run the failure product (as complaint) on several testing or simulation just to find the root cause of the failure and to get solution to fix it.


3). Traceability for prevent recurrence
Hmmm~ this part don't have specific ways. Just be smart and creative to trace back the numbers of same products produce on the same batch and make sure the products on the same batch not bring the same failure.

1.. 2.. 3.. steps was using in electronic-communication industries. What ever we do, we need to stand with facts and prove. If not, nobody will trust you.

Don't ashamed to ask questions. More you learn more you don't know. This remind me to this sentence "Ilmu yang kita miliki hanyalah sedikit berbanding ilmu ALLAH, ibarat celupkan jari kelingking di dalam lautan luas. Baki air yang terlekat pada jari itu adalah ilmu yang kita miliki"


note:- for details.. study on "Effective 8-Disciplines" or "8D"

Saturday, August 29, 2009

Rebate for Income Tax

Salam,

This article may help for those are working in Malaysia and the basic salary is equal and greater than MYR2500. The Income Tax can be deducted if you have black-white prove if you used money for:-

1). Zakat
2). Children Education (university level)
3). Parent Medication
4). Children living cost
5). Charity
6). Books
6). etc (such as Laptop/desktop once time)

The rebate rate you can get from nearest LHDN branch. Description..

1). Zakat.



By show the "zakat pendapatan", "zakat kwsp (EPF)", "zakat wang simpanan", "zakat saham", "zakat emas&perak" and "zakat fitrah" receipts. Remember to keep the receipt after make the payment.

2). Children Education

For those who have children who studying in university level can request the rebate for education.

3). Parent Medication



The treatment fee and medicine bills for parent medication can be used as prove.

4). Children Living cost

For those who have children under 21 if study, if not study until 18 can request rebate for each persons. If not mistaken around MYR800 for each persons per year.

5). Charity



Charity to charity organization/society, orphan house, school and etc can request rebate base on donation.

6). Books



The bills slip for books can used to get rebate, the rebate base on how much you spend for books.


For further information related on Income Tax from LHDN, please refer to the nearest branch or gather information from official LHDN website.

Think.. Think.. Think..

Spend your money effectively, be smart. If your Income tax MYR3000 per year, try your best to spend your money for these lists. InsyaALLAH, it will benefits to ummah. Be generous if want to do good works. Thanks..

p/s: remember!! what you give you get back.. InsyaALLAH. Don't shock if one day your children will treat you same like you treat your parent. keep in mind.. WHAT YOU GIVE YOU GET BACK

Sunday, August 23, 2009

How to get tools if you lack of money?? (Money Management)

Salam,

Last night I keep asking myself on how to get funding for my project!! Alhamdulillah recently i got the idea. By manage monthly salary to few parts:-

1). 25% for my mother
2). 12% for EPF
3). 42% for investment
4). 21% for myself

The percentage not include deduction for SOCSO and extra allowance have for phone bill. The priority still keep to get married first :) InsyaALLAH

Last week I found one website that organized by PZS (Pusat Zakat Selangor). This website contains web application that function to calculate Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat KWSP, Zakat Saham and Zakat Emas & Perak. 2.5% deduction for "Zakat" is not higher. Besides that you can use the Zakat's bills to get discount for Income Tax. I remind myself and you guys to pay "Zakat" that benefits to improve poor family lifestyle.

p/s: keep in mind that in "akhirat" we will asking with questions "What is your contributions for Ummah?"

Mini Lab (Phyton's Project)

Salam,

Own Mini Lab is one of my dreams.. last evening I had list down the equipments needs to own/purchase for my mini lab base on my survey and funding:-



Basic Instruments for DUT
1). Multimeter (measure: volt, ohm, amp, connectivity)
2). LCR Meter (measure: inductance, farad, ohm)

Basic Instruments for Stimulus DUT
3). Power Supplies (supplies: Voltage, Current)
4). Signal Generator (Generate: Sinus, Triangular, Sawtooth, Pulse)
5). Digital Pattern Generator
6). Pulse Generator (Generate: Pulse)

Basic Instruments for Response DUT
7). Oscilloscope (Measure: signal)
8). Frequency Counter (Measure: Frequency)

Basic Kits for Connects DUT
9). Test Probes / Crocodile Clips
10). Protaboard
11). Donuts board / Veraboard

Toolkits
12). Toolkit set from Pro's kit


for list numbers 4, 5 & 6 I will try to modified my PC by install with audio card and install with freeware that capable to handle same function. List numbers 7 & 8 are expensive equipments, I prefer to buy reused sets.



Hope with this mini lab I manage to invent something that benefits for ummah. :) InsyaALLAH. Pray with me to make the dream come true. Thanks..


p/s: DUT mean Device Under Test

Tuesday, August 18, 2009

HP & Compac Laptop (Business set) pada harga istimewa

Salam,

Malam tadi sehingga awal pagi sempat aq chating dgn senior semasa di UTHM. Alhamdulillah senior skang seorang engineer di pulau pinang dan memiliki sebuah perniagaan.



*Dia menjual pelbagai model laptop (setakat hari ini sudah hampir 300 model).
*Delivery boleh dilakukan dalam tempoh 3 hari.
*model pelbagai (HP, Compaq, Dell, Hyundai, Acer dan dll)
*special offer kepada pembeli model HP & Compaq versi Business set.
*untuk berunding harga dan mendapatkan nasihat boleh hubungi dia:-

Nama Syarikat Berdaftar: Wavetech Solution (001873872-D)
Pemilik Syarikat: Mohd Faiz bin Anwar.
No telefon: 013-4305253
YM ID: payid2
Profile syarikat: Menjual Laptop dari pelbagai jenama
Katalog: boleh minta sendiri dari dia (sms address email anda kepada dia untuk dapatkan katalog terkini).

note:-
Business set:- adalah set yang sesuai untuk kerja-kerja mencabar seperti design, program, simulasi, game dan multitasking beberapa software yang berat.

Home set:- sesuai untuk kerja-kerja sederhana berat dan tidak berat.

Tuesday, July 14, 2009

Traceview_Tracker_ev2_1.plx lebih stabil

Salam,

Esok petang jam 3.10ptg projek ini akan dibentangkan depan Engineer2 dan HR. version yg akan diguna semasa demo adalah Traceview_Tracker_ev2_1.plx" kerana stabil dan terkini. Kawan2 doakan semuanya berjalan lancar ea. :)

Saturday, July 11, 2009

Traceview_Tracker_ev2_0.plx

Salam,

Alhamdulillah, Jumaat lalu menjadi sejarah apabila berjaya menyiapkan programming dan update ke version EV2.0..

kronologi: July 2,2009 - Traceview_Tracker_v1_0.plx
July 3,2009 - Traceview_Tracker_v1_1.plx
July 7,2009 - Traceview_Tracker_v1_2.plx
July 10,2009 - Traceview_Tracker_ev2_0.plx

mesti tertanya apakah "Traceview_Tracker_XvX_X.plx" ia adalah software yang menggunakan PERL langguage(*.plx). Fungsinya..



1). User akan RUN software dari Office PC.
2). Server akan ter-PING dan membuat arahan Office PC.
3). Test Station Z yang terlibat akan bekerjesama memberikan maklumat ujian, Office PC akan membuat analisis samada maklumat ujian Gagal (Failed) atau Lulus (Pass).
4). Server akan tarik maklumat ujian dan simpan di dalam Office PC berdasarkan pengkelasan Failed atau Pass.

Jika ada sebarang kemusyikilan, silalah bertanya. :) terima kasih kerana sudi membaca..

Monday, June 29, 2009


a) Copy badge "Vespa blogger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda

b)Link / ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Ummu Iman. sukar di cerita dgn tulisan :).


c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri
makan, solat, belajar, tido, tido, makan, solat, belajar.. huh lg 2 reserve utk family :)
d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda
:P xmaw bg award n tag kat sesape.. sebab xlarat nk jawap..:P



Monday, June 15, 2009

Tig Tag

1. Where is your cell phone?
Kocek Sluar, Laci atau kat dapur

2. Your significant other?
Tah

3. Your hair?
Jarang sikat.. :P

4. Your favourite thing?
Ring ^_^

5. Your dream last night?
None

6. Your favourite drink?
Vico + Coffe + Milk (susu tepung je.. :p) must less sugar without salt.. haha

7. Your dream/goal?
Married ^_^

8. What room you are in?
Bathroom, Bedroom, Washroom.. adeh.. bnyak la..

9. Your hobby?
Blogging

10. Your fear?
Allah

11. Where do you want to be in 6 years?
Mecca

12. Where were you last night?
Slept infront tv.. :p

13. Muffins?
Chocolate

14. Wish list item?
-

15. Where you grew up?
Perak

16. Last thing you did?
Eat.. Borrowed broadband from fahmi.. :p

17. What are you wearing?
Hehehe

18. Your TV?
Rumah

19. Your pets?
aduh.. difficult to answer.. :P Wonderpet

20. Friends?
Best

21. Your life?
Good

22. Your mood?
Good

23. Missing someone?
Yup

24. Car?
None

25. Something you're not wearing?
Earings

26. Your favourite store?
Tah

27. Your favourite color?
Warna-warna Sejuk.. :)

28. When is the last time you laughed?
Yesterday

29. Last time you cried?
dun no..

30. Who will resend this?
Tah

31. One place that I go to over and over?
KFC

32. One person who emails me regularly?
None

33. Favourite place to eat?
in front tv kat umah.. :p

34. Why you participated in this survey?
Terpaksa

35. What are you doing tonight?
Study PerlScript Programming, Projek II need knowledge in programming.. huh Projek I and Projek II are running together.. :)

Saturday, June 13, 2009

::the test paper::


As for man, when his Lord tests him by exalting him and ebstowing favours on him, he says : ‘My Lord is bountiful to me.’ But when He tests him by restricting his subsistence, he says : ‘My Lord humiliates me.’

No! But you show kindness to the orphan, nor do you urge one another to feed the poor. Greedily you lay your hands on the inheritance of the weak, and you love riches with all your hearts.No!

But when the earth is crushes to fine dust, and your Lord comes down with the angels, in their ranks, and Hell is brought near - on that day man will remember his deeds. But what will memory avails him?

He will say : ‘Would that i had done good works in my lifetime!’ But on that day none will punish as He will punish, nor will any bind with chain like His.

O serene soul! Return to your Lord joyful, and pleasing in His sight. Join my servants and enter my Paradise.(Al-Fajr : 15-30)

Wednesday, June 10, 2009

Award.. :)


Terima kasih kpd nurimanai kerana sudi menghadiahkan award mingming kepada innnsan.. terharu.. )

Tuesday, June 9, 2009

::semalam,hari ini,dan esok::

Hari ini mereka telah berjaya.Kenapa? Kerana mereka telah membina semalam. Berusaha untuk hari esok. Benih yang di tanam, akan berbuah esok. Jika mereka hanya memakan tanpa memikirkan apa yang akan berlaku esok. Mungkin pupus dan kemusnahan adalah satu jawapan.


Semalam, mungkin di tertawakan. Di goda kemalasan. Dibayangi kegagalan. Terjatuh ketika sedang merangkak dan bertatih. Bangkit dan penerusan dalam istiqamah. Membuat mereka hari ini mampu tersenyum. Bagi mereka yang mentertawakan? Apa salahnya meniru untuk kebaikkan.Esok, suatu yang belum pasti. Tapi boleh dirancang hari ini. Masih ada lagi istilah mencuba. Masih ada lagi yang bernama usaha. Pasti ada sinar di hujung kegelapan. Cahaya ketika mendung berarak pergi. Jangan biarkan kabus menyeliputi. Atau mata terus terpejam. Hati terus dibutakan. Kejayaan tidak akan datang bertandang.


Berjaya, memanglah sukar. Memakan masa yang lama. Suatu yang pahit. Tapi kejayaan teramat manis rasanya. Mereka menelan segala kepahitan, memiliki ketahanan hingga bertemu kemanisan. Tidak semua orang mampu melakukan. Tetapi semua orang mampu mencuba.


Tersenyum, bila mereka menoleh kebelakang. Mereka mengecapi. Mereka telah melalui. Mereka mungkin menghulurkan tangan. Mungkin juga hanya sekadar jelingan dan senyuman.

::pesanan buat wanita cantik::

assalamualaykum..


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.


Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!




wallahualam...^_^

Monday, April 27, 2009

::Baja Cacing Kompos::

Salam,

Sebenarnya kursus yang aq hadiri beberapa miggu lepas meliputi kursus tanaman serai peha ayam @ gajah dan juga kursus cacing kompos. Seperti biasa konsep kuliah pada hari ini adalah "biarkan gambar berbicara" :p



Kita masukkan tahi kambing KERING ke dalam mesin pengisar kopi




kita leraikan gumpalan hampas serbuk kayu (sisa tanaman cendawan tiram)




yang hitam adalah tahi kambing yang hancur dan yang kuning adalah serbuk kayu (sisa tanaman cendawan tiram)




masukkan ke dalam beg guni yang berlainan dan rendamkan kedua-dua bahan tadi di dalam air(bebas klorin) + EM (penggalak bakteria baik) selama 3 hari.. kemudian ulang proses ini sehingga tahik kambing hilang bau dan air menjadi masam




inilah hasil campuran selepas beberapa hari.. yang hitam tetap tahik kambing dan yang kuning tetap serbuk kayu (sisa tanaman cendawan tiram).. kita masukkan ke dalam mesin pembancuh semin dengan nisbah 60% tahi kambing dan 40% serbuk kayu (sisa tanaman cendawan tiram).. gaul dengan sebati dan secukup rasa.. :P




inilah hasil campuran 60% tahi dan 40% serbuk kayu.. untuk fakta, tahi kambing adlah makanan cacing dan serbuk kayu adalah ibarat rumah:p




masukkan campuran ke dalam tong biru (bekas kayu lagi bagus sebab sejuk, tetapi cepat reput).. campuran 1kg bersamaan dengan makanan bagi 1kg cacing selama sehari.. cadangan pakar masukkan 20kg campuran dan 1kg cacing ke dalam tong.. bermakna cukup 20hari..




masukkan 1kg cacing ke dalam tong biru tadi.. letakkan di permukaan campuran. jika cacing tidak masuk ke dalam campuran dalam tempoh 10min bererti campuran tahi + serbuk kayu masih belum cukup sejuk.. :p cacing kan xtahan panas.. jadi ambil semula cacing dan ulang proses merendam di dalam Em + air(free klorin) selama 3 hari lagi.. nasihat pakar. CACING AKAN MATI KEPANASAN JIKA DIBIARKAN TINGGAL DI DALAM CAMPURAN ITU




tong-tong biru di tempatkan di dalam rak.. tong itu di condongkan.. sebenarnya di bawah tong biru telah ditebuk dengan bentuk petak bersaiz lebih kurang 10cmX10cm dan dilapik dengan jaring halus.. setiap hari siramkan 20ml air tanpa klorin di dalam tong.. kemudian tadah dengan besen kecik tu setiap hari untuk memungut hasilnya, macam pungut hasil torehan getah :).. ulang proses siram 20ml air selama 20hari untuk mengumpulkan hasil baja kompos yang berbentuk cecair. nasihat pakar, tuang 20ml sebab nak pekat.. jika nk buat baja cair tuang banyak-banyak 2 kali sehari pun boleh.. hasil xsekualiti 20ml:p




selepas 20hari keluarkan cacing, sebelum ayak keringkan guna oven atau jemur.. bila cukup kering tapis dengan pengayak ini.. pengayak yang belah kiri adalah pengayak kasar dan pengayak kanan adalah pengayak halus.. hasil di pengayak halus adalah baja kompos GRED A dan hasil yang tersngkut adalah GRED B



untuk fakta..
::baja kompos cecair yang "sifu" aq jual adalah RM100 per 11 liter. pati baja kompos yang pekat dan perlu dilarutkan dengan air tanpa klorin yang banyak sebelum dibajakan pada tanaman, tetapi awas jangan baja secara terus di daun mahupun batang kerana ditakuti melayukan tanaman tersebut.. pendek kata 11 liter baja cecair mampu membajai berekar tanaman seperti serai.. :) jimat kan lebih jimat dari baja baja kimia atau baja urea.. ianya dibuktikan oleh penanam-penanam serai di Muar. Tanaman saka (seperti sawit, getah n etc) juga sesuai.

::1 kg cacing = RM400

::harga Baja Gred B lebih murah berbanding Gred A, Yang membezakan adalah Gred A lebih halus dari Gred B. Gred B boleh di tukar menjadi Gred A sekiranya Gred B dikeringkan semula kemudian dikisar dengan mesin pengisar kopi, kemudian di ayak semula.. :) Gred B mampu jadi Gred A cuma ianya memakan masa sedikit.. Harga Gred A dan Gred B tidak ingat la.. :p sowi3 temph hari xpegang pen sebab pegang cacing..:p

::Permintaan baja kompos melebihi pengeluaran.. :) huh macam goreng pisang panas selepas hujan :p

::Jenis cacing yang sesuai untuk digunakan adalah cacaing merah, cacing harimau, cacing biru dan cacing afrika (jenis ini mahal sikit tetapi besoo)

::Cacing tiada jantina tetapi perlukan pasangan untuk pensenyawaan kemudian bertelur.. telur dia berbentuk begini..



telur-telur ini akan tersangkut dipengayak halus apabila diayak, jadi awas.. sebijik telur dapat menghasilkan "bak kata sifu: 'huh banyak2, memang banyak'" :)

::kandungan protein pada cacing melebihi kacang soya, tidak hairan sekiranya cacing digunakan untuk menggantikan kacang soya di dalam proses pembuatan pemerah bibir "gain-chu".. eeeyek~ ini fakta.. geli la pulak kalau letak kat bibir :p

p/s: posting ini berkaitan ternakan cacing untuk penghasilan baja kompos.. jika ada individu yang menyalahgunakan posting ini untuk penghasilan makanan tambahan berasaskan protein (suppliment) maka saya tidak akan bertanggungjawab..


yang benar,
innnsan

Friday, April 24, 2009

::Kambing Boer::

Salam,

Ternakan daging kambing. Antara baka popular adalah Boer dan Jamnapari. Boer rendah kolestrol.. teringat pesta "SHOWCASE MARDI'08"


Ini anak kambing boer



Ini surat beranak kambing nie.. :p



yang ini bapak kambing, cukup besar untuk dijual dan dijadikan baka..


mesin penimbang digital..


makanan tambahan yang dapat membantu menaikkan selera makan, membiak dan membesar.. semuanya dengan izin ALLAH




untuk maklumat lanjut boleh hubungi mardi kluang johor..
cuba contact Encik Norman Tukimin (pegawai mardi kluang) - 013-7265629