Thursday, April 23, 2009

PENTERNAKAN LEMBU (fidlot) - Bahagian II

4.0 PENGURUSAN

4.1 Pengurusan Personel

Pengurusan personel merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:

i.






ii.

Menentukan bilangan pekerja diperlukan tertakluk kepada bilangan lembu, saiz dan jenis operasi fidlot yang diusahakan. Kadar pekerja yang cekap dan optimum berbanding bilangan lembu dan jenis operasi fidlot adalah seperti berikut:

a. Operasi fidlot secara manual = 1 orang pekerja untuk 200 ekor
b. Operasi fidlot secara mekanikal = 1 orang pekerja untuk 400 ekor

Jadual bertugas atau jadual kerja harian perlu disediakan untuk kemudahan rujukan pekerja.


4.2 Pengurusan Ternakan

-Lembu fidlot khususnya baka import perlu dimandikan sekurang-kurangnya satu kali sehari untuk mengurangkan bebanan haba (heat stress) dan meningkatkan selera pemakanan (feed intake).

-Pemerhatian dan pemeriksaan secara rawak perlu bagi mempastikan keselesaan, kesihatan, pemakanan dan prestasi peningkatan berat badan ternakan.

-Rekod berat awal dan berat akhir sebelum jualan.





4.3 Pengurusan Kandang

-Kandang perlu dibersihkan sekurang-kurangnya satu kali sehari, seelok-eloknya disebelah pagi.

-Kandang yang kotor dan dipenuhi najis akan memudahkan jangkitan penyakit kepada lembu fidlot dalam kurungan sepeti penyakit pernafasan dan radang paru-paru, kembong atau direa dan masalah kuku.

4.4 Pengurusan Pemakanan

-Pengurusan pemakanan lembu fidlot sangat kritikal kerana ianya merupakan faktor utama yang mempengaruhi peningkatan berat badan harian (daily weight gain).

-Lembu fidlot perlu diberi makanan antara 4-6 kg seekor sehari pada peringkat permulaan pemeliharaan (berat badan antara 200-250 kg.), sehingga mencapai 8-10 kg seekor sehari pada peringkat akhir pemeliharaan ( berat badan antara 350-400 kg).

-Kadar pemberian makanan adalah juga tertakluk kepada jenis makanan seperti 100% PKC sahaja atau campuran PKC dan rumput atau lain-lain jenis bahan hasilan pertanian.

-Jadual pemberian makanan perlu tetap, iaitu 2 kali sehari.

-Pemberian makanan pertama seeloknya awal pagi, antara jam 7 pagi dan selewatnya jam 9 pagi. Pemberian makanan kedua pula seeloknya selepas 6 jam berikutnya, iaitu antara jam 1 petang dan selewatnya-lewatnya jam 3 petang.

-Lembu fidlot juga perlu disediakan garam jilatan (mineral block) yang mencukupi sepanjang masa sebagai bekalan tambahan keperluan mineral.

-Bekalan air minuman yang bersih dan mencukupi perlu sentiasa tersedia.

4.5 Pengurusan Kenderaan

-Sekurang-kurangnya ladang fidlot perlu mempunyai sebuah lori, minimum 3 tan atau mendapatkan khidmat lori sewa yang murah.


4.6 Pengurusan Rekod

Pengurusan rekod adalah penting, untuk menilai prestasi peningkatan berat badan harian, jumlah makanan yang dimakan, kos pemakanan, kos ubat-ubatan, kos penyelenggaraan dan kos operasi fidlot berbanding keuntungan-kerugian.

Rekod-rekod berikut adalah penting dalam pengurusan lembu fidlot:

i. Rekod pembelian lembu 'feeder'
ii Rekod pemberian makanan harian
iii Rekod peningkatan berat badan harian
iv Rekod kesihatan dan kematian
v Rekod pemasaran/jualan lembu fidlot
vi Rekoid personel
vii Rekod kewangan

5.0 INFRASTRUKTUR

5.1 Lokasi

Pemilihan tapak projek fidlot perlu mengambil kira beberapa faktor seperti topografi, jenis tanah, kemudahan bekalan air dan elektrik, kesediaan sumber makanan ternakan, sumber bekalan ternakan, sistem pengangkutan, pasaran dan pembuangan najis.

Seeloknya lokasi ladang/projek fidlot terletak sekurang-kurangnya 0.5 km radius daripada kawasan kediaman/perumahan dan perindustrian serta tidak terlalu hampir dengan sungai atau sistem tali air. Ini bagi mengelakkan lempahan apabila berlaku banjir atau hujan lebat. Sekeliling kawasan ladang fidlot perlu dipagar (pagar perimeter) dan disulami dengan pokok-pokok tanaman /buahan.

Elakkan kawasan yang rendah dan mudah tenggelam apabila banjir berlaku. Pastikan jalan keluar-masuk ke kawasan ladang boleh dilalui sepanjang musim serta dapat menampung kenderaan (lori) sehingga seberat 16 tan.

5.2 Topografi

Permukaan tanah bagi projek fidlot perlulah rata dan mempunyai pengaliran yang baik. Bagi kawasan yang kerap hujan penempatan projek fidlot di kawasan berbukit adalah lebih baik kerana ini membolehkan pengaliran air yang baik di samping mengurangkan masalah tanah berbecak.

Bagaimanapun, pemilihan tapak projek fidlot di kawasan yang rata dapat mengurangkan kos pembinaan jalan, pagar dan kemudahan lain dibandingkan dengan kawasan berbukit.

5.3 Bekalan Air Dan Elektrik

Apabila merancang projek fidlot, kemudahan sumber bekalan air perlu difikirkan semasa memilih tapak untuk projek fidlot.

Lembu yang mempunyai berat badan antara 200-400kg memerlukan air minuman sebanyak 25-40 liter sehari. Oleh yang demikian, penternak yang memelihara 100 ekor akan memerlukan sebanyak 2500-5000 liter air minuman sehari. Air diperlukan juga untuk mencuci kandang dan peralatan fidlot. Perigi atau parit pengairan merupakan sumber air semula jadi yang sesuai selain bekalan daripada Jabatan Bekalan Air.

Bagi projek yang besar atau projek yang berpotensi untuk berkembang pada masa hadapan, sumber tenaga daripada bekalan elektrik diperlukan untuk menjalankan kilang makanan. Bekalan elektrik juga diperlukan untuk menjalankan mesin-mesin dan peralatan tertentu bagi projek fidlot secara mekanikal.

5.4 Reka Bentuk Kandang

Penentuan reka bentuk kandang fidlot yang betul dan sesuai adalah penting untuk penempatan ternakan fidlot dalam persekitaran yang selesa, disamping menentukan kos pemakanan dan pengurusan yang menguntungkan.

Reka bentuk kandang dipengaruhi oleh iklim, bilangan ternakan serta rancangan perkembangan fidlot pada masa hadapan. Oleh kerana negara ini beriklim panas dan hujan sepanjang tahun, kandang berbumbung adalah lebih sesuai daripada kandang terbuka.

5.5 Kandang Kurungan

Pembinaan kandang kurungan untuk lembu-lembu fidlot perlu mematuhi aspek-aspek kemudahan infrastruktur yang 'standard' seperti berikut:



iv Sistem Saliran

Kandang fidlot mestilah disediakan dengan sistem saliran (parit) yang lengkap supaya air dan najis ternakan dapat disalirkan dengan sempurna

Sistem saliran yang tidak sempurna akan menyulitkan kerja-kerja mencuci kandang. Air dan najis yang bertakung akan menggalakkan pembiakan parasit dan seterusnya menjejaskan prestasi ternakan fidlot.

v Palung Makanan

Palung makanan untuk lembu-lembu fidlot perlu dibina di tepi kandang kurungan supaya pemberian makanan mudah dijalankan.

Palung makanan yang sesuai adalah yang berukuran 60cm (24inci) lebar dan 45cm (18inci) tinggi.

Seekor lembu memerlukan 15cm (6inci) ruang makanan. Lantai simen di bahagian tempat makanan perlu ditinggikan sedikit supaya air, najis dan makanan yang terbuang dapat dibersihkan dengan mudah di samping mengelakkan kawasan kandang menjadi lembab dan berbecak.

Antara bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk membina tempat/palung makanan ialah konkrit dan tong polyetelene yang dipotong melintang.

vi Palung Air Minuman

Kedudukan palung air minum bergantung pada reka bentuk kandang kurungan dan jenis takungan air yang digunakan. Bagi kandang yang mempunyai beberapa petak, palung airnya perlu ditempatkan diantara petak.

Kadang kurungan yang menampung 50 ekor lembu perlu mempunyai palung air minuman yang tersendiri. Palung air minuman yang sesuai ialah yang berukuran 46cm (18 inci) dan 60 cm(24 inci) tinggi.

Untuk membina palung air, konkrit merupakan bahan yang sesuai digunakan selain daripada tong dram dan gelung konkrit sebagai alternatif.


.


No comments: