Friday, December 5, 2008

Ikan Keli

Ikan Keli atau catfish.. perniagaan berasaskan ternakan ikan keli kian popular. hasil ternakan komersial, pembenihan ikan, pallet/dedak, produk kesihatan, peralatan (kanvas, etc) dan pelbagai mampu menjadi sumber pendapatan samada pendapatan tetap atau sampingan. fokus posting kali ini adalah perniagaan berasaskan penjualan produk benih ikan keli.

untuk makluman umum harga untuk benih ikan keli yang berjaya di senyawakan dijual berdasarkan saiz.. saiz yang terdapat di pasaran adalah 1 inchi, 2 inchi dan 3 inchi..

berdasarkan "market survey" yang saya lakukan di parit jelutong, Batu Pahat harga untuk benih yang bersaiz 3 inchi adalah berharga RM0.15 seekor. ikan keli yang bersaiz 3 inchi adlah lebih tahan lasak dan peratus kematian adlah lebih rendah berbanding ikan keli yng bersaiz lebih kecil. permintaan untuk saiz 3inchi adalah telalu banyak sehinggakan pembeli perlu membuat tempahan anak benih beberapa minggu lebih awal.

teknik pembenihan ikan keli, yang mana ia mengandungi pelbagai aspek antaranya:-

a). Pemilihan Induk

- berdasarkan "operation survey" yang dilakukan, induk yang terbaik adalah dibela di dalam kolam tanah dan telahg berusia lebih 1 tahun. induk ini seeloknya dijaga semula dengan baik dengan dijaga makan dan kesihatan. kerana induk yang baik mempengaruhi kualiti anak benih. kebiasaan induk yang baik mampu menghsilkan 50,000 ekor anak benih dengan peratus hidup adalah 60%-80% iaitu 30,000-40,000 ekor.

b). Cara/Teknik Menghasilkan Benih

-berdasarkan "operation survey" yang dilakukan teknik terbaik untuk pembenihan adalah secara aruhan. induk ini akan disuntik hormon (seperti hormon overperm) terlebih dahulu. induk jantan akan dibelah perut untuk mendapatkan sperma dan induk betina akan diperah dibahgian perut untuk mendapatkan telur.

- tenik ini bagus kerana pensenyawaan adalah maksimum dan lebih sekata.

c). Penggunaan Alat-alatan Pembenihan

-untuk benih ikan keli yang baru disenyawakan, kualiti (kebersihan dan pH) dan suhu air perlu dikawal. peralatan seperti pam oksigen dan alat penyalur makanan berperingkat bagus untuk digunakan ketika benih ikan keli berusia kurang dari 3 minggu.

d). Keadaan dan Penggunaan Air Untuk Benih

-berdasarkan "operation survey", air yang boleh digunakan kepada ikan keli yang umurnya kurang 3 minggu adalah air ikan puyu! ya air ikan puyu, kerana kandungan plakton di dalam air ikan puyu adalah tinggi dan elok untuk dijadikan makanan kepada ikan-ikan kecil seperti benih ikan keli.

e). Permakanan Benih Ikan Dari Permulaan kelahiran

-selera makan ikan keli tidak cerewet, namun makanan yang diberikan mampu mempengaruhi kualiti ikan keli ketika "harvest" iaitu ketika umur 30-45hari. maklumat dari operation survey menyatakan, ikan keli banyak mengadungi lemak sekiranya banyak makan kulit, seperti kulit ayam atau sisa ayam..

p/s:- maklumat tmbahan, ada penternak yang tidak bertanggungjawab menternak ikan keli bersama projek ternakan ayam. peratus kematian ayam kira-kira 2% sehari. bangkai ayam dan najis ayam dijadikan sumber makanan kepada ikan keli. dan sebelum di jual ikan keli di kuarantin selama seminggu tanpa makanan supaya bau dan kebersihan ikan lebih terjamin.. JADI AWAS.. jadilah peniaga yang jujur dan bertanggungjawab.

f). Penjagaan Anak Benih

-saiz kolam mempengaruhi jumlah bilangan ekor ikan keli boleh ditempatkan. berdasarkan operation study, jika kepadatan terlalu tinggi, ikan keli mampu alami stress.. ya stress.. stress mampu memberi kesan di dalam tumbesaran ikan.

g). Pengurusan Benih-benih Ikan

-selang 1 minggu dari ikan keli disenyawakan, ikan keli perlu lalui proses "grading" atau mengasingkan saiz yang kecil dengan kecil manakala yang besar dengan yang besar.

bersama ini saya sertakan no telefon individu yang banyak membantu semasa melakukan operation survey di parit jelutong, batu pahat. pengusahan benih ikan keli adalah kak ain (019-2807856).

Kolam Kanvas kak ain (grading setiap 1 minggu)

benih ikan keli (3 inchi)

2 comments:

nur afzan`` said...

salam..mabruk ya fadzli..menarik tntg ikan keli ni,lain kali rase cam nak g sndiri tmpt ternakan tu :)

::abu iman:: said...

:) xjauh dari kampus induk uthm.. :) jemput2 dtg.. :)