Thursday, December 25, 2008

PENTERNAKAN LEMBU (fidlot) - Bahagian I


Salam,

Penerangan berkenaan projek ternakan lembu saya pecahkan kepada beberapa bahagian untuk memudahkan pemahaman pembaca. Di dalam bahagain I saya akan berkongsi tentang:-


  1. Pengenalan
  2. Pemasaran
  3. Pemilihan Ternakan
  4. Pengurusan

1.1 Definasi fidlot
"Penternakan Lembu Fidlot" bermaksud memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu.


1.2 Sistem Fidlot
i. Sekali masuk - Sekali keluar
-memelihara 1 kumpulan lembu sehingga mencapai target berat atau umur, kemudian dijual kesemuanya. selepas habis dijual barulah akan ambil 1 kumpulan lembu yang baru.

ii. Masuk-Keluar Berterusan

-
-memelihara beberapa kumpulan lembu secara berperingkat sehingga mencapai target berat atau umur, kemudian dijual atau dipasarkan secara berterusan.


1.3 Untung-Rugi Operasi Fidlot
Faktor-faktor utama:-

i. Faktor ternakan

a. Harga belian feeder

b. Harga jualan finisher

c. Keupayaan dan prestasi baka yang digunakan

ii. Faktor makanan (harga)

-70% kos pengeluaran

-kelewatan penjualan akan mengurangkan keuntungan (market timing adalah penting sebagai contoh Hari Raya Aidil Adha).

p/s: digalakkan penternak menggunakan teknik makanan ruminan (campuran makanan seperti PKC, hampas kacang soya, dll)

2.0 PEMASARAN

Harga jualan lembu fidlot adalah faktor ketiga penting.

2.1 Jenis-jenis Pemasaran

Terdapat empat kaedah pemasaran utama untuk lembu fidlot:

i. Jualan lembu hidup kepada peraih (butcher)
ii. Jualan lembu hidup untuk aqiqah
iii. Jualan lembu hidup untuk korban
iv. Jualan runcit secara tunai (daging segar)

-Pasaran pertama adalah yang terbesar dan perlu dijadikan sasaran utama oleh pengusaha fidlot. Penjualan lembu hidup untuk penyembelihan terus boleh dilaksanakan samada secara terus atau melalui peraih.

-Pasaran kedua dan ketiga adalah bermusim dan tertakluk kepada permintaan.

-Pengusaha fidlot perlu merancang strategi pemasaran meliputi kedua-dua kategori pasaran tersebut.Ini bermakna, ternakan lembu fidlot perlu diusahakan samada dalam 2 atau 3 peringkat kumpulan.


Jadual 1 menunjukkan contoh strategi pemsaran bagi pemasaran bagi operasi fidlot 3 peringkat untuk tempoh pengemukan 4 bulan (120 hari) pada kadar peningkatan berat badan harian 1kg/hari:


2.2 Networking

-Bagi mengatasi keadaan ini adalah dicadangkan supaya pengusaha baru mempromosikan bidangusaha fidlot mereka serta berganding bahu dan sentiasa berhubung dengan pengusaha-pengusaha yang sediada.

-Jaringan pemasaran ini juga boleh digunakan oleh pengusaha bagi mendapatkan bekalan lembu-lembu feeder dan juga harga makanan yang baik.

2.3 Penjualan Secara Tunai

-Bidangusaha fidlot boleh rugi dan akhirnya terpaksa ditutup apabila terlalu banyak menanggung hutang. Hutang yang besar disebabkan aktiviti penjualan yang dibuat secara kredit.

-Kebanyakkan pengusaha fidlot berskala sederhana juga menjalankan aktiviti jualan runcit daging lembu fidlot mereka di pasar-pasar tempatan, pasar malam atau pasar tani.

-Terdapat juga pengusaha fidlot yang membuat rangkaian pemasaran melalui pasar-pasar tani dan pasar malam dengan melibatkan beberapa pekerja dan kenderaan.

3.0 PEMILIHAN TERNAKAN

3.1 Asas Pemilihan

Faktor-faktor:

i. Permintaan keperluan pasaran
ii. Penetapan berat awal
iii. Peningkatan berat badan
iv. Target berat akhir atau berat jualan

3.2 Baka dan Jantina

Terdapat tiga jenis baka lembu yang boleh dipilih untuk penternakan fidlot yang boleh mengadaptasi cuaca tempatan dan mempunyai ciri-ciri tumbesaran yang baik seperti :

i. Baka import

Contoh : lembu Brahman, Droughmaster, Sahiwal-Fresien dan Nellore.

ii. Kacukan baka tempatan dengan baka import

Contoh : Kacukan KK x Brahman dan KK x Nellore

iii. Baka tempatan Kedah-Kelantan (KK)*

p/s: Lembu baka tempatan KK bagaimanapun memberikan peningkatan berat badan (ADG) yang lebih rendah berbanding baka import atau kacukan. Jantina lembu yang sesuai untuk fidlot adalah jantan bagaimanapun lembu-lembu betina dewasa yang ditakai juga terbukti memberikan pulangan yang baik.

3.3 Umur dan Berat Badan

i. Umur antara satu hingga satu setengah tahun
ii. Berat awal antara 200-250 kg (baka import atau kacukan) dan 150-200 kg (baka tempatan atau KK),

p/s:Bagaimanapun, penentuan berat awal tertakluk kepada perancangan tempoh pemeliharaan dan target pemasaran (berat akhir atau berat jualan yang dikehendaki)

Jadual 2 menunjukkan contoh penentuan pemilihan lembu fidlot (feeder) berdasarkan berat awal, peningkatan barat badan harian dan target berat akhir (berat jualan)


3.4 Status Kesihatan

Perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian utama:

i.


ii.

iii.

Pastikan lembu telah disahkan bebas dari penyakit kuku dan mulut serta penyakit hawar berdarah dan telah diberi suntikan vaksinasi pencegahan penyakit tersebut.

Pastikan lembu adalah bebas dari jangkitan kutu dan cacing serta telah diberi rawatan ubat kutu dan cacing

Pastikan lembu adalah sempurna anggotanya dan tidak cacat serta tidak bantut dari segi pertumbuhan badan


p/s: Sumber ladang atau gerompok ternakan dari mana lembu diperolehi perlu dipastikan mempunyai sijil perakuan bebas penyakit dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan



4.0 PENGURUSAN

4.1 Pengurusan Personel

Pengurusan personel merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:

i.






ii.

Menentukan bilangan pekerja diperlukan tertakluk kepada bilangan lembu, saiz dan jenis operasi fidlot yang diusahakan. Kadar pekerja yang cekap dan optimum berbanding bilangan lembu dan jenis operasi fidlot adalah seperti berikut:

a. Operasi fidlot secara manual = 1 orang pekerja untuk 200 ekor
b. Operasi fidlot secara mekanikal = 1 orang pekerja untuk 400 ekor

Jadual bertugas atau jadual kerja harian perlu disediakan untuk kemudahan rujukan pekerja.


4.2 Pengurusan Ternakan

-Lembu fidlot khususnya baka import perlu dimandikan sekurang-kurangnya satu kali sehari untuk mengurangkan bebanan haba (heat stress) dan meningkatkan selera pemakanan (feed intake).

-Pemerhatian dan pemeriksaan secara rawak perlu bagi mempastikan keselesaan, kesihatan, pemakanan dan prestasi peningkatan berat badan ternakan.

-Rekod berat awal dan berat akhir sebelum jualan.



4.3 Pengurusan Kandang

-Kandang perlu dibersihkan sekurang-kurangnya satu kali sehari, seelok-eloknya disebelah pagi.

-Kandang yang kotor dan dipenuhi najis akan memudahkan jangkitan penyakit kepada lembu fidlot dalam kurungan sepeti penyakit pernafasan dan radang paru-paru, kembong atau direa dan masalah kuku.

4.4 Pengurusan Pemakanan

-Pengurusan pemakanan lembu fidlot sangat kritikal kerana ianya merupakan faktor utama yang mempengaruhi peningkatan berat badan harian (daily weight gain).

-Lembu fidlot perlu diberi makanan antara 4-6 kg seekor sehari pada peringkat permulaan pemeliharaan (berat badan antara 200-250 kg.), sehingga mencapai 8-10 kg seekor sehari pada peringkat akhir pemeliharaan ( berat badan antara 350-400 kg).

-Kadar pemberian makanan adalah juga tertakluk kepada jenis makanan seperti 100% PKC sahaja atau campuran PKC dan rumput atau lain-lain jenis bahan hasilan pertanian.

-Jadual pemberian makanan perlu tetap, iaitu 2 kali sehari.

-Pemberian makanan pertama seeloknya awal pagi, antara jam 7 pagi dan selewatnya jam 9 pagi. Pemberian makanan kedua pula seeloknya selepas 6 jam berikutnya, iaitu antara jam 1 petang dan selewatnya-lewatnya jam 3 petang.

-Lembu fidlot juga perlu disediakan garam jilatan (mineral block) yang mencukupi sepanjang masa sebagai bekalan tambahan keperluan mineral.

-Bekalan air minuman yang bersih dan mencukupi perlu sentiasa tersedia.

4.5 Pengurusan Kenderaan

-Sekurang-kurangnya ladang fidlot perlu mempunyai sebuah lori, minimum 3 tan atau mendapatkan khidmat lori sewa yang murah.


4.6 Pengurusan Rekod

Pengurusan rekod adalah penting, untuk menilai prestasi peningkatan berat badan harian, jumlah makanan yang dimakan, kos pemakanan, kos ubat-ubatan, kos penyelenggaraan dan kos operasi fidlot berbanding keuntungan-kerugian.

Rekod-rekod berikut adalah penting dalam pengurusan lembu fidlot:

i. Rekod pembelian lembu 'feeder'
ii Rekod pemberian makanan harian
iii Rekod peningkatan berat badan harian
iv Rekod kesihatan dan kematian
v Rekod pemasaran/jualan lembu fidlot
vi Rekod personel
vii Rekod kewangan

p/s:- untuk maklumat lanjut pembaca boleh menghubungi

i). Encik Saidi Salleh (019-7627872) --> penternak lembu di Penggeli, Johor

ii). Encik Norman Tukimin (013-7265629) --> pegawai Mardi di Kluang yang mampu membantu di Bahagian pengurusan.

iii). Jabatan Perkhidmatan Haiwan --> Cawangan berhampiran anda

iv). Fadzli Bin Omar. (innnsan@gmail.com) --> jika beminat untuk mengusahakan projek ternakan lembu secara pawah.

No comments: