Monday, August 9, 2010

::Home made Tomyam::

Salam,

Hai semua.. Mari dekat mari dekat.. <-- dialog Sheila Rusli dlm iklan Mayonis.. haha~

Penyediaan Tomyam terbahagi kpd dua:-
1). Stok rebusan ayam
2). Tomyam paste

1). Stok rebusan ayam..
Rebus ayam (potong kecik, orang Perak cakap potong sup) dengan halia dan serai sehingga lembut..



2). Tomyam paste..

-cili kering (dipotong serong, kmdian basuh dan dibuang bijik)
-rebus cili dan kemudian kisar sehingga halus.
-potong bawang putih, bawang merah dan bawang besar kemudian kisar bersama cili kering
-tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik minyak..



campurkan tomyam paste ke dalam stok rebusan ayam.. masak sehingga mendidih. Masukkan sayur (seperti kubis, kubis bunga, lobak merah, baby corn, baby tomato, kacang peas, etc) masukkan air limau atau asm keping atau masukkan air asam jawa semasa penyediaan tomyam paste. Masukkan daun limau purut (buang batang dan koyakkan sedikit supaya lebih beraroma).. kemudian masukkan garam sblum nak tutup api.

Note:- tomato jika terlalu masak (warna kemerahan) sesuai dimasukkan lewat.. jika mahu pedas tambah cili padi jika mahu masam tambah lebih asam.. :) selamat mencuba

No comments: