Tuesday, August 31, 2010
::Moi Sup::
Salam,
Sedikit perkongsian berkenaan Moi Sup. (>_<) Untuk makluman masyarakat di sebelah utara Malaysia (terutama Kedah) menggelar Moi = Bubur Nasi di mana Bubur Nasi yang akan dimakan bersama sup ayam atau sup daging. Untuk perkongsian kali ini kita belajar cara menyediakan Moi Sup Ayam.
Untuk penyediaan Moi Sup, ada tiga elemen penyediaan makanan yang perlu kita ketahui:-
1). Penyediaan Moi (atau bubur nasi)
2). Penyediaan Sup Ayam
3). Penyediaan Sambal Kicap
Untuk 1). Penyediaan Moi:-
Sediakan beras (yang dibasuh bersih) dengan nisbah air 1:4. 1 untuk beras dan 4 untuk air. Masak sehingga sedikit kering.
Untuk 2). Penyediaan Sup Ayam
Basuh ayam potong (saiz potongan sup) dengan air mengalir sehingga bersih dan tiada darah. Kemudian rebus dengan halia sehingga menjadi lembut.
Tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga garing dan naik bau wangi rempah.
Apabila sudah garing, masukkan bahan-bahan yang ditumis tadi ke dalam rebusan ayam. Kemudian masukkan serbuk rempah sup. Sebenarnya serbuk rempah sup ini boleh ditumis sekali tetapi awas kerana jika ditumis terlalu lama boleh menyebabkan rempah sup ini menjadi pahit.
Biarkan bahan campuran itu mesra sebelum memasukkan sayur-sayuran:-
i). Kentang (pilihan)
ii). Cendawan tiram (pilihan)
iii). Bunga kubis
iv). Putik jagung
v). Lobak merah
vi). Kubis
Nota kaki.. sayuran (i) dan (ii) perlu didahulukan kerana mengambil sedikit masa untuk menjadi lembut.
Masukkan lada sulah, daun sup atau daun saderi (jika suka) kemudian reneh sup ayam dengan api perlahan sehingga masak dan masukkan garam sebelum tutup api.
Untuk 3). Penyediaan Sambal Kicap
Potong cili kering secara menyerong dan basuh. Tujuan untuk memotong secara menyerong adalah untuk memudahkna proses membuang bijik cili semasa membasuh. Rebus cili kering ini atau rendam dengan air panas buat seketika bagi membuang sedikit pedas pada cili kering. Kemudian kisar cili kering bersama kicap dan gula.
Hasil dari penyediaan (1), (2) dan (3) dimakan bersama.
Moi sup ini boleh ditabur dengan bawang goreng untuk menambah rasa. Selamat mencuba (>_<)

Monday, August 9, 2010
::Home made Tomyam::
Salam,
Hai semua.. Mari dekat mari dekat.. <-- dialog Sheila Rusli dlm iklan Mayonis.. haha~
Penyediaan Tomyam terbahagi kpd dua:-
1). Stok rebusan ayam
2). Tomyam paste
1). Stok rebusan ayam..
Rebus ayam (potong kecik, orang Perak cakap potong sup) dengan halia dan serai sehingga lembut..
2). Tomyam paste..
-cili kering (dipotong serong, kmdian basuh dan dibuang bijik)
-rebus cili dan kemudian kisar sehingga halus.
-potong bawang putih, bawang merah dan bawang besar kemudian kisar bersama cili kering
-tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik minyak..
campurkan tomyam paste ke dalam stok rebusan ayam.. masak sehingga mendidih. Masukkan sayur (seperti kubis, kubis bunga, lobak merah, baby corn, baby tomato, kacang peas, etc) masukkan air limau atau asm keping atau masukkan air asam jawa semasa penyediaan tomyam paste. Masukkan daun limau purut (buang batang dan koyakkan sedikit supaya lebih beraroma).. kemudian masukkan garam sblum nak tutup api.
Note:- tomato jika terlalu masak (warna kemerahan) sesuai dimasukkan lewat.. jika mahu pedas tambah cili padi jika mahu masam tambah lebih asam.. :) selamat mencuba

Subscribe to:
Posts (Atom)