Monday, June 29, 2009


a) Copy badge "Vespa blogger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda

b)Link / ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Ummu Iman. sukar di cerita dgn tulisan :).


c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri
makan, solat, belajar, tido, tido, makan, solat, belajar.. huh lg 2 reserve utk family :)
d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda
:P xmaw bg award n tag kat sesape.. sebab xlarat nk jawap..:P



Monday, June 15, 2009

Tig Tag

1. Where is your cell phone?
Kocek Sluar, Laci atau kat dapur

2. Your significant other?
Tah

3. Your hair?
Jarang sikat.. :P

4. Your favourite thing?
Ring ^_^

5. Your dream last night?
None

6. Your favourite drink?
Vico + Coffe + Milk (susu tepung je.. :p) must less sugar without salt.. haha

7. Your dream/goal?
Married ^_^

8. What room you are in?
Bathroom, Bedroom, Washroom.. adeh.. bnyak la..

9. Your hobby?
Blogging

10. Your fear?
Allah

11. Where do you want to be in 6 years?
Mecca

12. Where were you last night?
Slept infront tv.. :p

13. Muffins?
Chocolate

14. Wish list item?
-

15. Where you grew up?
Perak

16. Last thing you did?
Eat.. Borrowed broadband from fahmi.. :p

17. What are you wearing?
Hehehe

18. Your TV?
Rumah

19. Your pets?
aduh.. difficult to answer.. :P Wonderpet

20. Friends?
Best

21. Your life?
Good

22. Your mood?
Good

23. Missing someone?
Yup

24. Car?
None

25. Something you're not wearing?
Earings

26. Your favourite store?
Tah

27. Your favourite color?
Warna-warna Sejuk.. :)

28. When is the last time you laughed?
Yesterday

29. Last time you cried?
dun no..

30. Who will resend this?
Tah

31. One place that I go to over and over?
KFC

32. One person who emails me regularly?
None

33. Favourite place to eat?
in front tv kat umah.. :p

34. Why you participated in this survey?
Terpaksa

35. What are you doing tonight?
Study PerlScript Programming, Projek II need knowledge in programming.. huh Projek I and Projek II are running together.. :)

Saturday, June 13, 2009

::the test paper::


As for man, when his Lord tests him by exalting him and ebstowing favours on him, he says : ‘My Lord is bountiful to me.’ But when He tests him by restricting his subsistence, he says : ‘My Lord humiliates me.’

No! But you show kindness to the orphan, nor do you urge one another to feed the poor. Greedily you lay your hands on the inheritance of the weak, and you love riches with all your hearts.No!

But when the earth is crushes to fine dust, and your Lord comes down with the angels, in their ranks, and Hell is brought near - on that day man will remember his deeds. But what will memory avails him?

He will say : ‘Would that i had done good works in my lifetime!’ But on that day none will punish as He will punish, nor will any bind with chain like His.

O serene soul! Return to your Lord joyful, and pleasing in His sight. Join my servants and enter my Paradise.(Al-Fajr : 15-30)

Wednesday, June 10, 2009

Award.. :)


Terima kasih kpd nurimanai kerana sudi menghadiahkan award mingming kepada innnsan.. terharu.. )

Tuesday, June 9, 2009

::semalam,hari ini,dan esok::

Hari ini mereka telah berjaya.Kenapa? Kerana mereka telah membina semalam. Berusaha untuk hari esok. Benih yang di tanam, akan berbuah esok. Jika mereka hanya memakan tanpa memikirkan apa yang akan berlaku esok. Mungkin pupus dan kemusnahan adalah satu jawapan.


Semalam, mungkin di tertawakan. Di goda kemalasan. Dibayangi kegagalan. Terjatuh ketika sedang merangkak dan bertatih. Bangkit dan penerusan dalam istiqamah. Membuat mereka hari ini mampu tersenyum. Bagi mereka yang mentertawakan? Apa salahnya meniru untuk kebaikkan.Esok, suatu yang belum pasti. Tapi boleh dirancang hari ini. Masih ada lagi istilah mencuba. Masih ada lagi yang bernama usaha. Pasti ada sinar di hujung kegelapan. Cahaya ketika mendung berarak pergi. Jangan biarkan kabus menyeliputi. Atau mata terus terpejam. Hati terus dibutakan. Kejayaan tidak akan datang bertandang.


Berjaya, memanglah sukar. Memakan masa yang lama. Suatu yang pahit. Tapi kejayaan teramat manis rasanya. Mereka menelan segala kepahitan, memiliki ketahanan hingga bertemu kemanisan. Tidak semua orang mampu melakukan. Tetapi semua orang mampu mencuba.


Tersenyum, bila mereka menoleh kebelakang. Mereka mengecapi. Mereka telah melalui. Mereka mungkin menghulurkan tangan. Mungkin juga hanya sekadar jelingan dan senyuman.

::pesanan buat wanita cantik::

assalamualaykum..


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.


Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!




wallahualam...^_^