Sunday, February 28, 2010

::Pengurusan Stress::

Salam,

Erti Stress??

Ia adalah sejenis tekanan atau gangguan emosi, proses pemikiran dan keaadaan fizikal seseorang. Ia berlaku hasil daripada tindakbalas terhadap sesuatu yang menghasilkan perasaan takut, gelisah atau terancam. Ia sering timbul apabila menerima sesuatu luar kebiasaan atau kemampuan. Secara saintifik, ketika ini badan meghasilakn hormon adrenalin & cortison yang menyebabkan perubahan dalam degupan jantung, pernafasan & tekanan darah.


Faktor Stress??

Secara am boleh dibahagi kepada dua:-
1). Faktor Dalaman
2). Faktor Luaran

1). Faktor Dalaman
- Kurang keyakinan diri
- Putusa asa
- Terlalu inginkan yang terbaik
- Terlalu menjaga hati seseorang
- Perpisahan / penceraian / kematian
- Kurang pengetahuan agama

2). Faktor Luaran
- Ketua / majikan tempat kerja
- Pasangan hidup
- Keluarga
- Rakan
- Perbezaan budaya
- Kewangan
- Suasana persekitaran

Tanda-tanda Stress??

1). Perubahan Sikap (spt abai tanggungjawab, menyendiri, lebih/kurang makan, etc)
2). Perubahan Emosi (spt moody, pemarah, kurang sabar, sensitif, etc)
3). Perubahan Fizikal (spt sakit, letih, lesu, etc)
4). Perubahan Kognitif (spt lupa, hialng tumpuan, bimbang, etc)

Kesan Stress??

Setiap perkara ada baik dan buruk, lalu ia dibahagi kepada dua:-
1). Positif
2). Negatif

2). Negatif
- Sakit jantung
- Obesiti
- Masalah pencernaan
- Depression
- Sakit kulit spt ekzema
- Prestasi menurun
- Rasa Rendah diri
- Sensitif
- Cepat tua

Jika cara tangani adalah betul maka ia mampu mendorong kepada arah yang baik atau positif..
1). Positif
- Peningkatan tenaga
- Peningkatan motivasi
- Perubahan yang baik



Starategi Menangani Stress?? menuju kearah
positif

6 langkah mudah tangani stress..
1). Elakkan stress yang tidak perlu
- Belajar kata tidak atau "Istighfar"
- Elakkan dari orang yang membuat anda stress
- Elak topik hangat

2). Terima kenyataan
- Kongsi perasaan
- Belajar memaafkan orang lain

3). Sesuaikan diri anda dengan situsai
- Luahkan perasaan tidak puas hati dengan cara baik
- Bersikap kompromi
- Bersikap lebih tegas
- Urus masa dengan baik

4). Cari masa untuk bergembira dan berehat
- Berjalan-jalan
- Minum kopi/teh/etc bersama rakan
- Dengar alunan zikir, ayat-ayat suci Al-Quran atau irama yang menenangkan

5). Sesuaikan diri dengan penyebab stress
- Kaji masalah
- Lihat gambaran yang lebih besar
- Adjust standard
- Fokus kepada perkara positif

6). Amalkan cara hidup sihat
- Kerap bersenam
- Makan makanan berkhasiat
- Kurangkan kafein serta gula
- Elak diri dari alkohol, rokok & dadah
- Rehat / ridur yang cukup

Menangani stress cara Islam
1). Berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam.
2). Bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan Qada & Qadar.
3). Terima hakikat yang manusia sentiasa diuji bergantung kepada "level" iman.
4). Ujian memantapkan nilai-nilai keimanan. ketaqwaan, kesyukuran dan rasa cinta kepada-NYA.
5). Menunaikan ibadah fardhu & fardu kifayah serta memperbanyakkan amalan-amalan sunat & sunat muakad.
6). Basahi bibir dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid.
7). Mendengar, membaca dan meghayati Al-Quran.
8). Meletakkan keyakinan adalah dunia bersifat sementara & akhirat jua kekal.
9). Lakukan konsep berusaha, berdoa & bertawakal

Wahai rakan-rakan, fahami bahawa..
- Walau sebesar mana masalah atau kesukaran ia diduga berdasarkan "level" iman.
- Sesukar mana kita rasa, ada manusia atau makhluk lain meghadapi lagi sukar dari kita.
- Hadapi dengan tenang bersandarkan kepada panduan agama kerana ia adalah warna-warni kehidupan.
- Tetapkan hati serta pemikiran dengan bersandarkan kepada sifat tawaduk, yakin dan syukur kepada ALLAH SWT, jangan berputus-asa dalam memohon kekuatan serta petunjuk dalam menangani segala tekanan.

Saturday, February 20, 2010

::Tanggungjawab Kita Sebagai Ibu Bapa::

Salam,

Media massa melaporkan kekejaman sikap manusia dlm menguruskan kelahiran bayi menggambarkan keadaan semasa kembali ke pemikiran jahiliyah. Perhatikan sedalam-dalam anak mata bayi kecil ini. Adakah anda sanggup atau tergamak untuk membuangnya ke dalam tong sampah atau humban ke dalam longkang atau lebih kejam membakar hidup-hidup di dalama tong sampah?



Berikut adalah rumusan dari beberapa artikel yang saya ringkaskan supaya mudah kita fahami dan perhalusi tentang tanggungjawab kita sebagai bakal ibu & bapa.

Tokoh ulama terkenal, Prof Dr Yusuf Al-Qardawi berkata: “Apabila kita hendak melihat wajah rupa negara pada masa hadapan, lihatlah pada generasi hari ini. Sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan mereka yang berakhlak dan berhemah tinggi, maka tentunya negara pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman dan makmur. Tetapi jika keadaannya adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang bakal menimpa.”

Penjagaan dan pembesaran anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Allah menegaskan melalui firman yang bermaksud: “Allah telah mewasiatkan ke atas kamu mengenai anak kamu.” – (Surah an-Nisa, ayat 11)

Abdullah ibnu Abbas berkata: “Kerjakanlah amal ibadat dengan mentaati perintah Allah dan peliharalah diri kamu daripada melakukan perkara menderhakai Allah. Perintahkanlah anak kamu dengan menjunjung titah perintah dan menjauhi segala larangan. Maka yang demikian itu akan menyelamatkan kamu daripada neraka.”

Anak merupakan aset yang paling bernilai kepada kedua-dua ibu dan bapa. Oleh itu, setiap pasangan yang telah berkahwin mempunyai keinginan untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyeri dan pelengkap kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga yang dibina.

Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka. (al-Kahfi :46)

Bukan sahaja hidup di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya. (HR al-Bukhari).

Pendidikan yang sempurna seawal mungkin bermula dari dalam kandungan lagi. Tanggungjawab ibu dan bapa telah wujud sebelum terbentuknya janin. Suami isteri hendaklah memberi perhatian dan tumpuan pendidikan sempurna sepenuhnya untuk memastikan anak tersebut menjadi anak yang soleh dan solehah. Suami isteri mesti bertanggungjawab untuk menjaga kandungan dari segi kesihatan fizikal dan mental, mengamalkan pemakanan seimbang, makan minum dan rezeki dari sumber yang halal dan berkat, mengerjakan amalan-amalan kerohanian seperti membanyakkan membaca al-Quran, zikir, melakukan ibadah-ibadah sunat disamping tidak meninggalkan ibadah fardhu yang wajib.

Ketika isteri mengandungkan bayi, si bapa mempunyai peranan yang tersendiri. Bekerjalah dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan ikhlas demi mendapatkan rezeki yang halal untuk keluarga mereka. Sesungguhnya keberkatan lahir dari makan minum yang berpunca dari rezeki yang halal.

Oleh itu para ibu bapa hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada setiap masa dalam pekerjaan. Tunaikan kerja dengan penuh dedikasi dan amanah demi memperoleh rezeki yang berkat dari sumber yang halal. Rezeki yang yang diperoleh akan menjadi darah daging yang akan membesarkan anak-anak . Jika sumbernya halal dan berkat, mudah-mudahan anak-anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak-anak soleh dan solehah yang dapat membahagiakan hidup kedua-dua ibu bapa. Di samping beri pendidikan sempurna mengikut syariat Islam.

Demi mendapatkan anak-anak yang soleh, Islam telah menganjurkan kepada ibu bapa untuk melakukan beberapa amalan dari awal lagi:-


i- Azan dan Iqamat


Sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
Sesiapa yang baru melahirkan anaknya lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamat di telinga kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada penyakit sawan dan angkara syaitan.

p/s: bayi lelaki: Azankan di telinga kanan & bayi perempuan: Iqamatkan di telinga kiri


ii- Tahnik

Tahnik mulut bayi dengan kurma atau makanan yang manis merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW.


iii- Penyusuan

Susu ibu merupakan makanan semula jadi bayi yang membina kesihatan dan tenaga. Ia juga makanan rohani dan akhlak yang memberi kesan kepada seluruh keperibadian anak, mengalirkan aliran pemikiran dan sikap yang baik ke dalam diri bayi.


iv- Memberi Nama

Tanggungjawab ibu bapa juga ialah memberi nama anak-anak dengan nama yang baik sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
Tugas dan tanggungjawab bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan nama anaknya dan juga adabnya.(Hadis Riwayat al-Baihaqi)


v- Bercukur


Menggunting rambut bayi merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan ketika bayi berusia 7 hari.


vi- Aqiqah

Hukum Aqiqah ialah sunat muakkad (sangat dituntut). Sabda Nabi Muhammad SAW mengenainya yang bermaksud:
Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke 7, dicukur rambutnya dan diberi nama. (Hadis Riwayat Ahmad)


vii- Berkhatan


Berkhatan termasuk sunnah Rasulullah SAW. Sabda Nabi Muhammad SAW mengenainya yang bermaksud:
Berkhatan itu sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita. (Hadis Riwayat At- Tabrani)

Ketika anak-anak masih kecil berilah didikan menurut syariat Islam. Pada tahap ini ajarilah dengan sebutan kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran). Peringkat usia kanak-kanak mereka akan mudah mengingat apa yang diajar. Oleh itu ibu bapa hendaklah:-

1) Menanamkan asas-asas keimanan

2)
Berlaku adil terhadap anak-anak dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

3) Mengasuh anak-anak dengan lemah lembut dan bersopan santun.

4)
Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.

5) Mengampuni dan mengasihi anak-anak dan lain-lain ahli keluarga dengan penuh kasih dan sayang.

6) Mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.

7) Menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak.

8)
Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh anak-anak.

9) Bertanggungjawab memastikan anak-anak dijaga dengan baik.

10) Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan menghantar mereka ke sekolah-sekolah.

11)
Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak berpuasa.

12)
Mengajar anak-anak dengan ilmu yang dapat menjadi perangsang bagi memperkayakan ilmu Islamnya.

::Bila Diri Di Sayangi::

Salam,

Hayati lirik lagu ini, kerana ada mesej yg baik untuk kita teladani.. :)



>>Bila Diri Disayangi<<

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

(korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Thursday, January 28, 2010

::Interview Tips::

Salam,

Most of interviewer will ask common questions before continue with "Killer Questions" and Quiz. Usually they will ask:-

Q1). Tell me about your self?
Q2). Tell me about your FYP?
Q3). Give reasons why we should hire you?
Q4). What is so special about you?
Q5). Killer Questions?
Q6). Quiz



What you can do is..
A1). Explain as simple, perfect, understandable, not boring and most important you show off your potential in a good manner.

A2). When you get this question, you should answer by depending on who ask this question. Don't explain very details until your interviewer get confuse and feel boring.

A3). Your answer sound should like this (answer with confident rhythm):

"With my industrial training working experience with engineers from several countries, I had help product engineers and product manager to save thousands of dollars by saving their time to make product analysis. The system developed, by using PERL programming language to control all test stations in production using one computer in office automatically. My high energy and quick learning style help me to settle the difficult new project less than 5 weeks. I have the ability to stay focused in stressful situations, and can be counted on when the going gets tough. I know I would be a great addition to your team."

A4). Answer this question depend on your background and try to relate with good working attitude.

A5) & A6) Hard to explain but you can get global picture by drop by to my blog:

http://innnsan.blogspot.com/2009/09/problem-solving.html
http://innnsan.blogspot.com/2009/09/what-should-you-do-if-customer-make.html
http://innnsan.blogspot.com/2009/09/how-you-read-schematic-diagram-without.html

Trouble shoot electronic circuit:-
http://innnsan.blogspot.com/2009/09/troubleshoot-electronic-circuit-lesson.html
http://innnsan.blogspot.com/2009/09/troubleshoot-electronic-circuit-lesson_19.html
http://innnsan.blogspot.com/2009/09/troubleshoot-electronic-circuit-lesson_26.html
http://innnsan.blogspot.com/2009/10/troubleshoot-electronic-circuit-lesson.html

Thanks and Regards
Fadzli

Sunday, January 10, 2010

::Belajar Dari Kesilapan::

Salam,

Jangan ulangi kesilapan ini..

1). Bersangka baik dalam semua perkara, walaupun pahit untuk ditelan.
2). Belajar percaya kepada orang yang percaya kepada kita.
3). Belajar untuk menjadi manusia yang tidak membosankan.
4). .. Belajar dan terus belajar supaya diri ini dapat dimaafkan.

Wasalam

Thursday, November 19, 2009

::cerita si kerang::


Ini cerita seekor kerang...

Cerita pengajaran...

Cerita sastera...

Cerita kita.

Seekor makhluk Allah yang hidup dalam dunianya yang tersendiri. Begitu sukar ditafsir oleh pancaidera manusia. Kehidupannya sama seperti kita; seandainya kita adalah kerang.

Angin taufan yang melanda pantai laut Mediteranean bulan itu amat kuat sehingga meniupkan tiupan angin yang bukan kepalang, lalu angin itu ditafsir menjadi gulungan ombak yang menggila sepanjang pantai. Ia takut, risau dengan keselamatannya. Lantas ia tetap menyorok dalam cangkerangnya. Lama ia begitu, biarpun kelaparan tetap bertahan. Tanpa melihat keluar walau sejenak pun. Adakalnya ia bergolek-golek; dek kerana hempasan ombak setinggi langit baginya. Lalu ia berdoa, semoga tetap bertahan.

Kembali muhasabah erti sebuah kehidupan. Terkenang ia akan sebulan yang lalu, pantai itu begitu tenang. Pantai yang terletak di salah sebuah daerah Mesir; Dumyat. Keriangan petang itu bersama rakan-rakannya yang lain masih terasa hingga kini. Tika itu, seluruh ahli keluarganya berkumpul bersama-sama, makan bersama-sama dan gelak ketawa silih berganti. Alangkah riangnya hati. Semua kerang membuka luas cangkerangnya, begitu banyak makanan yang dapat diperoleh. Dia dapat melihat seluruh dunianya; dunia terumbu karang.

Namun kini, segalanya berubah. Ingatkan panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Pernah sekali ia cuba melihat keluar dalam ngauman ombak tatkala itu. Astaghfirullah... Segala-galanya hancur, mati dan binasa. matanya terpaku kepada sekujur cangkerang; seolah biasa melihatnya. "Maak!.." Itu sahaja kalimah yang terlafaz pada mulutnya. Dalam linangan air mata ia cuba mendekati tubuh itu. Mati. Tiada apa yang boleh diusahakan. Dia lantas menoleh ke sekelilingnya, segala-galanya hancur! cangkerang siput, kerang dan ketam bergelimpan
gan di sana-sini. Ia amat takut, trauma melihatnya. Dia lantas pergi dari situ, meninggalkan sekujur tubuh kaku insan tercinta.

Tiba-tiba ia terlihat seekor kerang yang masih teguh cangkerangnya, cantik, indah. Ia cuba mendekati perlahan-lahan, dengan harapan menemukan kerang hidup yang lain. Ombak menghempas lagi. Cepat-cepat ia masuk ke dalam perlindungannya. Setelah reda ia cuba membuka kembali pintu cangkerangnya. "Ya Allah!..." Alangkah terkejutnya ia, kerang tadi yang begitu indah luarannya terbuka luas mulutnya. Hanyir dan busuk. Kelihatan beberapa ekor ulat sedang memamah jasadnya. Ulat itu menggelitik-gelitik. Menggelikan, matanya melihat, otaknya mentafsir lalu meghasilkan satu emosi yang kurang menyenangkan. Ia mu
al dan termuntah di situ. Kerang itu sedih dan duka. hatiya benar-benar menangis, pilu mengenangkan nasib diri. Lalu atas tikar kesedihan itu ia bermunajat kepada Ilahi. Biar betapa kuat ombak menghempas, ia tetap bertahan. Ya tetap bertahan dalam cangkerangnya.


Begitulah juga kehidupan seorang manusia wahai sahabatku. Kita ini ibarat kerang. Dunia kita ialah pantai. Adakalanya arus laut terlalu tenang, indah, senang dan perlahan. Lantas kita lupa, kita alpa dengan kesenangan yang hanya sementara. Kita juga lupa bahawa kita hanyalah kerang yang lemah, menumpang dalam pentas kehidupan. Sungguh, zaman remaja kita amatlah hebat ombak cabarannya wahai sahabatku, walaupun kita tidak menyedari hakikat ini. Fenomena-fenomea kebejatan sosial dan kehancuran akhlak adakalanya tidak disedari oleh kita.

Jarum-jarum thaghut telah mencucuk hati kita melalui media-media, majalah, surat khabar dan internet. Maka ramai yang hatinya mati, seperti matinya kerang-kerang, siput-siput dan ketam-ketam dalam kisah di atas. Hanyalah bahtera iman yang akan melayarkan kita ke destinasi yang abadi. Perkasakanlah iman dengan al-Quran dan solat malam. Sentiasa berdamping dengan Quran, kerana ia akan menyalakan semangat perjuangan. Manakala solat malam (qiamullail) akan memantapkan hati, meneguhkan jiwa dan melancarkan lidah.

Adakalanya kita perlu beruzlah (mengasingkan diri) dalam cangkerang keimanan kita. Ombak di luar sana amat hebat sahabatku. Berlindunglah dalam cangkerang keimananmu. Semoga hati kita sentiasa bersih dan suci. Kerang itu masih di situ. Berteleku dalam munajatnya di hadapan wajah Tuhan. Kerang itu teguh dan kuat, tatkala yang lain kalah, ia dapat bertahan. Kisah kerang; analogi kehidupan insan. Ada yang kalah dan mati, ada yang hidup dan tetap bertahan. Sekiranya seekor kerang dapat bertahan di pantai ombak ganas yang membinasakan, mampukah kita bertahan dalam arus dunia keremajaan?

Saturday, October 31, 2009

Troubleshoot Electronic Circuit ( Lesson 4) - - - Contact Issue

Salam,

Lesson 4: Contact Issue


What is "Contact Issue"?

Contact issue is related on solder joint. Failure mode might categorized as contact issue if fail to operate at hot temperature only. But remember not all problem that occur on hot temperature is related on contact issue.

How it can happen?
The solder joint will expense at hot temperature (certain temperature) and re-expense at room or cold temperature.

How to investigate it?
1). Heat up the electronic device up to certain minutes than measure (voltage & resistance) the suspected area. Make measurement(s) comparison before heat up (room temperature) and after heat up (hot temperature).
2). Screening the electronic device under XRAY. <This method is suggested if really need deep analysis or evidance.