Friday, February 11, 2011

Kenangan Terindah Part II

Salam,

Sungguh cepat masa berlalu, mana tidaknya dalam tempoh masa kurang dari 24 jam kami bersua lagi. Kali ini melibatkan keluarga saya (emak, embah, kakak, adik, makcik & pakcik) dan keluarga dia (pakcik, makcik dan sepupu). :)

Jika 24jam yang lalu Babaji + dia menunggu aku di hadapan McD Kulai, tetapi kali ini aku menunggu mereka sekeluarga di Petronas Pt Raja.. :)

Hehe.. ada peningkatan dari segi jumlah penyertaan bilangan ahli keluarga. Pada ketika itu sudah terasa sangat yang rasanya hubungan kekeluargaan antara kami perlu cepat-cepat disegerakan. :)

Hehe.. orang tua-tua selalu menyebut "benda yang baik macam ni kena cepat-cepat disegerakan, lagi cepat lagi elok"..

memori kek lapis..

Kak Wawa ada bawakan kek lapis yang dibelinya semasa berada di Serawak. Kek lapis ni juga saya jamukan kepada keluarga dia. Itulah kali pertama kami makan berkongsi piring kek lapis.. hehe~ sedikit penigkatan lagi..

Nak dijadikan cerita, kek lapis yang di makan dia terputus-putus.. hehe~ setiap kali terputus aku jadi penyambung.. begitu juga sebaliknya jika berlaku pada aku. :)

Sukarnya hendak gambarkan perasaan di dalam hati seolah-olah melompat-lompat kegembiraan, ibarat seperti "kanak-kanak dapat upah gula-gula sambil melompat-lompat".. gembiranya perasaan... terasa sangat seperti tidak sabar untuk menyegerakan rancangan kami untuk membina ikatan perkahwinan. :)

Topik perbualan kami sekeluarga bertemakan "raya".. :) sungguh ceria kami sekeluarga..

Kedua-dua belah keluarga agak tergesa-gesa mengejar masa.. Keluarga Babaji akan menziarahi keluarga terdekat di Kluang manakala Keluarga Mak akan meneruskan perjalanan pulang ke Ipoh. :)

No comments: