Wednesday, May 26, 2010

::will off to::

Salam,

I will travel to unknown places. Hope everything running smooth.
Pls pls pls pray with me. Maybe this is the last note from me.
Thanks and forgive me if i deliver any mistake.

Thursday, May 6, 2010

::Ko nie tak outgoing::



Nicholas: Fadzli kamu ada girlfriend?
Fadzli: ada..
Yin Yee: haaaaaa~ kamu tak pernah bagitau pun. sejak bila?
Loges: dah lama dah.. I tahu sejak jd "trainee" lagi..
Ashiq: owh~ (sambil memandang dengan muka terkejut)
Nicholas: Valentine nanti kamu tak bawa girlfriend kamu keluar? kamu beli ape?
Fadzli: tak keluar, tak belikan apa-apa.
Nicholas: kamu biar~ betul.. (sambil ketawa) dia tak marah ke?
Fadzli: bagi saya setiap hari adalah istimewa dan perasaan saya padanya tidak mampu disamakan dengan nilai sebuah hadiah..
::
::
::
::

Sepanjang tempoh perkenalan aku dengan dia kami hanya bertemu sebanyak 4 kali sahaja

kali pertama
:
-Lokasi: depan masjid/library
-Tempoh Masa: kurang dari 10 saat
-Tujuan: memulangkan laptop selepas install software antivirus

kali kedua
:
-Lokasi: Hentian bas Pudu Raya
-Tempoh Masa: kurang dari 5 min
-Tujuan: mempertemukan kakak aku dengan dia

Kali ketiga:
-Lokasi: Depan pintu pagar utama universiti
-Tempoh Masa: kurang 5 saat dengan dia + ~15 minit dengan abah dia
-Tujuan: dia menghantar laptop untuk aku servis dan berkenalan dengan abahnya serta mewujudkan jambatan perhubungan dengan keluarganya

Kali keempat:
-Lokasi: Tempat parkir motor bersebelahan kafe
-Tempoh: kurang 5 saat (hari yang sama dengan pertemuan kali ketiga)
-Tujuan: memulangkan laptop selepas di-servis


Empat kali pertemuan dalam tempoh ~4tahun. Jika semua orang tahu pastinya, semua orang akan berkata "ko ni tak outgoing la Padli".. Aku ada sebab kenapa aku tidak keluar 'dating':-

Terus terang aku takut mengundang kemurkaan ALLAH kerana aku tahu risiko ber'dating'.

Barang siapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.[An-Nahl:106]

Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahwasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.[An-Nahl:107]

Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai. [An-Nahl:108]

dan yang paling sedih apabila hati kita berisiko dipalingkan hati (hati menjadi gelap). Ketika ini perbuatan seperti ber'dataing' menjadi kebiasaan tanpa sebarang rasa bersalah jika difitnah malahan menjadi kemegahan sehingga berani menunjuk-nunjuk.

Nikmat kemanisan iman dan islam tidak lagi rasa, rukun iman dan rukun islam yang dipelajari disekolah rendah hanya tiggal sekadar pengetahuan tanpa beramal. Aku sentiasa mengingatkan diri supaya sedar manusia tidak sama seperti malaikat kerana,
manusia berjantina dan memiliki nafsu manakala malaikat tidak berjantina dan tidak bernafsu. Ingat sampai bila-bila iblis pernah bersumpah untuk menggoda cucu-cicit Nabi Adam A.S dan hanya iman mampu menghalang tugas iblis.

Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman. [Sa'ba:20]

Lelaki dan perempuan memiliki nafsu dengan hanya iman mampu mengawal nafsu. Setiap larangan ALLAH mempunyai alasan kukuh dan setiap umat manusia mesti patuh sebab hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui." Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.[Ali-Imran:29]

Sejak dari sekolah menengah aku telah melihat perubahan rakan-rakan dari yang baik ke bertambah baik, dari baik menjadi kurang baik dan dari kurang baik menjadi baik. Mungkin ini takdirku selepas aku ditauliah sebagai PRS (pebimbing rakan sebaya)untuk bertugas menjadi pendengar taat atau sebagai internet bergerak bagi rakan-rakan sekolah untuk mencari sumber rujukan bergerak bagi tujuan membincangkan masalah. Melalui pengalaman rakan aku belajar dan belajar.

Maka sekali-kali janganlah kamu dipalingkan daripadanya oleh orang yang tidak beriman kepadanya dan oleh orang yang mengikuti hawa nafsunya, yang menyebabkan kamu jadi binasa". [Thaha:16]

Berdasarkan pengalaman rakan-rakan dan pemerhatian persekitaran, ramai 'couple' bermula dengan keluar 'dating' beramai-ramai, seterusnya 'dating' berdua, seterusnya 'dating' sambil memegang tangan, seterusnya 'dating' berlaga bahu serta berlaga peha, seterusnya.. Nauzubillah..

Jujur aku katakan, aku memilih dia kerana iman dan islam dalam dirinya sebagai calon isteri bukan sebai 'girlfriend' atau 'awek'. Cantik atau comel bukan faktor utama kerana kecantikan adalah nilai tambah yang ada tempoh usia. Aku berharap pertemuan seterusnya bersama keluarga dia dan kami keluar 'dating' selepas mempunyai ikatan perkahwinan yang sah.

Ya ALLAH ampunkalah dosa-dosa kami samada disengajakan atau tidak disengajakan. Sesungguhnya kami hambamu yang jahil lagi lemah.. Ya ALLAH teguhkanlah iman aku, keluargaku serta rakan-rakan ku. Berikanlah kami kekuatan untuk melawan hawa nafsu. Berikanlah kami kekuatan supaya dapat terus istiqamah di jalan Islam yang lurus.. Amin..