Salam,
Sebenarnya kursus yang aq hadiri beberapa miggu lepas meliputi kursus tanaman serai peha ayam @ gajah dan juga kursus cacing kompos. Seperti biasa konsep kuliah pada hari ini adalah "biarkan gambar berbicara" :p
Kita masukkan tahi kambing KERING ke dalam mesin pengisar kopikita leraikan gumpalan hampas serbuk kayu (sisa tanaman cendawan tiram) yang hitam adalah tahi kambing yang hancur dan yang kuning adalah serbuk kayu (sisa tanaman cendawan tiram)masukkan ke dalam beg guni yang berlainan dan rendamkan kedua-dua bahan tadi di dalam air(bebas klorin) + EM (penggalak bakteria baik) selama 3 hari.. kemudian ulang proses ini sehingga tahik kambing hilang bau dan air menjadi masaminilah hasil campuran selepas beberapa hari.. yang hitam tetap tahik kambing dan yang kuning tetap serbuk kayu (sisa tanaman cendawan tiram).. kita masukkan ke dalam mesin pembancuh semin dengan nisbah 60% tahi kambing dan 40% serbuk kayu (sisa tanaman cendawan tiram).. gaul dengan sebati dan secukup rasa.. :Pinilah hasil campuran 60% tahi dan 40% serbuk kayu.. untuk fakta, tahi kambing adlah makanan cacing dan serbuk kayu adalah ibarat rumah:pmasukkan campuran ke dalam tong biru (bekas kayu lagi bagus sebab sejuk, tetapi cepat reput).. campuran 1kg bersamaan dengan makanan bagi 1kg cacing selama sehari.. cadangan pakar masukkan 20kg campuran dan 1kg cacing ke dalam tong.. bermakna cukup 20hari.. masukkan 1kg cacing ke dalam tong biru tadi.. letakkan di permukaan campuran. jika cacing tidak masuk ke dalam campuran dalam tempoh 10min bererti campuran tahi + serbuk kayu masih belum cukup sejuk.. :p cacing kan xtahan panas.. jadi ambil semula cacing dan ulang proses merendam di dalam Em + air(free klorin) selama 3 hari lagi.. nasihat pakar. CACING AKAN MATI KEPANASAN JIKA DIBIARKAN TINGGAL DI DALAM CAMPURAN ITUtong-tong biru di tempatkan di dalam rak.. tong itu di condongkan.. sebenarnya di bawah tong biru telah ditebuk dengan bentuk petak bersaiz lebih kurang 10cmX10cm dan dilapik dengan jaring halus.. setiap hari siramkan 20ml air tanpa klorin di dalam tong.. kemudian tadah dengan besen kecik tu setiap hari untuk memungut hasilnya, macam pungut hasil torehan getah :).. ulang proses siram 20ml air selama 20hari untuk mengumpulkan hasil baja kompos yang berbentuk cecair. nasihat pakar, tuang 20ml sebab nak pekat.. jika nk buat baja cair tuang banyak-banyak 2 kali sehari pun boleh.. hasil xsekualiti 20ml:pselepas 20hari keluarkan cacing, sebelum ayak keringkan guna oven atau jemur.. bila cukup kering tapis dengan pengayak ini.. pengayak yang belah kiri adalah pengayak kasar dan pengayak kanan adalah pengayak halus.. hasil di pengayak halus adalah baja kompos GRED A dan hasil yang tersngkut adalah GRED Buntuk fakta..
::baja kompos cecair yang "sifu" aq jual adalah RM100 per 11 liter. pati baja kompos yang pekat dan perlu dilarutkan dengan air tanpa klorin yang banyak sebelum dibajakan pada tanaman, tetapi awas jangan baja secara terus di daun mahupun batang kerana ditakuti melayukan tanaman tersebut.. pendek kata 11 liter baja cecair mampu membajai berekar tanaman seperti serai.. :) jimat kan lebih jimat dari baja baja kimia atau baja urea.. ianya dibuktikan oleh penanam-penanam serai di Muar. Tanaman saka (seperti sawit, getah n etc) juga sesuai.
::1 kg cacing = RM400
::harga Baja Gred B lebih murah berbanding Gred A, Yang membezakan adalah Gred A lebih halus dari Gred B. Gred B boleh di tukar menjadi Gred A sekiranya Gred B dikeringkan semula kemudian dikisar dengan mesin pengisar kopi, kemudian di ayak semula.. :) Gred B mampu jadi Gred A cuma ianya memakan masa sedikit.. Harga Gred A dan Gred B tidak ingat la.. :p sowi3 temph hari xpegang pen sebab pegang cacing..:p
::Permintaan baja kompos melebihi pengeluaran.. :) huh macam goreng pisang panas selepas hujan :p
::Jenis cacing yang sesuai untuk digunakan adalah cacaing merah, cacing harimau, cacing biru dan cacing afrika (jenis ini mahal sikit tetapi besoo)
::Cacing tiada jantina tetapi perlukan pasangan untuk pensenyawaan kemudian bertelur.. telur dia berbentuk begini..
telur-telur ini akan tersangkut dipengayak halus apabila diayak, jadi awas.. sebijik telur dapat menghasilkan "bak kata sifu: 'huh banyak2, memang banyak'" :)
::kandungan protein pada cacing melebihi kacang soya, tidak hairan sekiranya cacing digunakan untuk menggantikan kacang soya di dalam proses pembuatan pemerah bibir "gain-chu".. eeeyek~ ini fakta.. geli la pulak kalau letak kat bibir :p
p/s: posting ini berkaitan ternakan cacing untuk penghasilan baja kompos.. jika ada individu yang menyalahgunakan posting ini untuk penghasilan makanan tambahan berasaskan protein (suppliment) maka saya tidak akan bertanggungjawab..
yang benar,
innnsan
3 comments:
biasa org ternak cacing ni utk ape ek??
ak kurg fhm r..
adakah wt baja atau nk commercialkn cacing 2 utk wt bnda len??
cuba trang skit kat ak..
ak dgr cacing ni diorg wt bnda cm wt gincu yg ko sbut 2...
tp kbykan org kat malaysia ni trnak cacing utk pe??
ternak cacing buat baja kompos.. selain ianya tidak mencemarkan alam kualiti juga lebih baik dari baja urea mahupun baja kimia.. harga jauh lebih murah.. :) jadi kenapa perlu bayar lebih untuk dapatkan kualiti yang lebih.. :)
pembuatan produk kosmetik menggunakan cacing juga, yang bezanya cacing itu sendiri diproses dijadikan tepung (org panggil tepung cacing tepung akan jadi berwarana putih-kekuningan) tepung itu mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi dari kacang soya. tepung itu yang akan digunakan untuk dijadikan produk kosmetik..
jikalau baja kompos hanaya guna SISA makanan cacing, tetapi kosmetik gunakan CACING itu sendiri.. eeyek~ ini mmg fakta..
salam...
hi..nk tnya cket..selain dari hampas sagu, serbuk kayu & tahi lembu apa lagi yg bole digunakan?? bole terangkan lebih lanjut tentang proses pembuatan baja cacing selepas diternak..kurg faham..dan biasanya asset apa sahaja yg diperlukan untuk menternak cacing ya? info anda sangat diperlukan..harap bole membantu saya..terima kasih :)
Post a Comment