"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa ". Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."
Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu. ...." Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang," Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu" Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"
Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu". Lidah menambah dengan berani, "Saya yang mengeluarkan kat2 indah". Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang menyentuh & berbuat maksiat"
Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu". "Nah kalau dibiarkan kesemua angota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Org tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahanam..
"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dlakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sbg saksi bhw dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."
Dgn kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga: "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."
1 comment:
terharu baca entry yg ni..betul2 menginsafkan
Post a Comment